Info Terkini DS Anwar Ibrahim

Salam sejahtera kepada pembaca semua.

5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?ref=search&sid=1050280454.1225754697..1

2. Twitter @AnwarIbrahim http://twitter.com/anwaribrahim

3. TV Selangor http://tvselangor.com/v2/

4. Sistem SMS Parti Keadilan RakyatHow to subscribe?
Type: ON ADIL sms to: 32300

5. Blog DSAI http://anwaribrahimblog.com/

Tinta Hijau

Wednesday, February 10, 2010

Lawak Sekolah Rendah

Menulis semula perlembagaan??

~Zukri Aksah~

Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.

Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.
Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan.

Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…

Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.

Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.

Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.

Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.

Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN?

Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan), Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah?

Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.

Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya.

Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention).

Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…

Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik?

Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”

Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan?

Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru.

Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2).

Di sinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.

Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.

~Thatguy~

Kisah Benar Dari Penang

Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.

Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak.

Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN. Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun "tak lapaq nak turun".

Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.

Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.

Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.

Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni "fed-up" dan menarik diri.

Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.

Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.

Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.

Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang. Lantak la apa nak jadi. Lepas tu saya minta diri sebab ada urusan di rumah.

~tulang besi~

Tuesday, February 9, 2010

Mengapa Nizar tak boleh jadi MB Perak

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Ayuh Nizar Bangkit Semula

Detik 11 pagi tadi para penyokong Pakatan Rakyat telah dimalukan dengan sorakan oleh para penyokong BN setelah diumumkan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria MB Perak yang sah ialah Mamak Zambry.

Sebelum ini kerajaan negeri Perak hanya sempat mentadbir beberapa bulan sebelum katak-katak puru melompat menjadi calon bebas tetapi dikatakan mesra BN. Oleh itu BN dengan kuasa rejim telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat.

Cerita kartun pun bermula apabila Nizar dan Zambry naik turun mahkamah masing-masing menuntut hak bahawa mereka adalah MB yang sah. Yang aku tahu Nizar adalah MB Rakyat yang sah kerana dipilih oleh rakyat. Tetapi Perak Pirate sekor ni telah merampas walaupun bilangan wakil rakyat Pakatan Rakyat dan BN adalah sama banyak.

Kalaulah Nizar menang dalam kes ini mana lah Mamak Zambry dan SUK Perak nak taruk muka. Rasanya tumpang bawah tempurung bersama dengan tiga ekor katak puru tu lah. Kepada para penyokong keadilan, keputusan ini hendaklah dijadikan pengajaran bahawa BN tidak akan senang dengan kemenangan PR di mana-mana negeri dalam Malaysia ni.

Pulau Pinang, Kedah dan Selangor merupakan negeri yang harus berwaspada kerana master mind BN sedang merancang untuk memecah belahkan perpaduan PR untuk merampas tiga negeri ini.

Keputusan mahkamah ini hendaklah kita terima dengan hati yang terbuka. Kita adalah negara demokrasi dan tidak meragui keputusan mahkamah walaupun kita boleh membuat andaian masing-masing namun keputusan telah dikeluarkan.

Walaupun kita masih mempertikaikan keputusan ini namun jadikanlah ini satu semangat untuk menghadapi PRU13 nanti. Bukannya lama sangat. Setahun lebih sahaja lagi kita akan tumbangkan sekor-sekor YB BN ini dari bumi Perak. Kita akan malukan mereka dengan kuasa rakyat yang jumlahnya beratus-ratus ribu. Bukannya setakat lima orang sahaja.

Ayuh Nizar jatuh bangun dalam dunia politik adalah biasa bagi pejuang keadilan. Perjuangan keadilan memang tidak selalunya bernasib baik. Oleh itu apalah kuasa beberapa kerat jika dibandingkan dengan kuasa rakyat.
Buktikan selepas ini bahawa PR akan bangkit dengan lebih bersemangat dalam PRU13 dan waktu itu kita akan realitikan mamak Zambry akan buka kedai roti canai.

Tapi janganlah kita pulaukan dia, sedap gak roti canai dia tu.

Pemimpin BN sambut baik keputusan Zambry kekal MB

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak dan berharap semua pihak menerima keputusan berkenaan.

Mereka berkata adalah penting bagi semua pihak membenarkan Zambry menumpukan perhatian untuk membangunkan dan melaksanakan program dirancang bagi memajukan Perak. Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata semua pihak mestilah menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

"Keluhuran undang-undang mestilah ditegakkan. Dalam tempoh setahun lepas, kita telah melihat bagaimana perkara ini dimainkan. Apabila keputusan memihak kepada mereka, tiada bantahan satu perkataan pun, tetapi bila ia tidak memihak mereka, ketika itu mereka cuba mencetuskan kacau bilau," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ong, yang sedang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan minggu lepas, berharap dengan keputusan hari ini, kerajaan Perak pimpinan BN akan terus gigih berkhidmat untuk rakyat. Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau gembira dengan keputusan itu kerana ia membawa perkembangan positif untuk Perak.

Samy Vellu, bekas anggota parlimen Sungai Siput di Perak, berkata Zambry telah menunjukkan kualiti kepimpinan yang kuat sejak menjadi Menteri Besar.

"Saya yakin beliau (Zambry) akan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau berlaku adil kepada semua kaum dan membawa pembangunan," katanya.

Pengerusi MCA Perak Datuk Seri Kong Cho Ha berkata MCA negeri berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dan tidak cuba menimbulkan kekacauan di negeri itu.

"Saya memohon setiap orang menghormati keputusan mahkamah dan bertenang. Sudah tiba masanya rakyat Perak melangkah ke hadapan," katanya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam dewan undangan negeri.

Terima keputusan mahkamah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, para penyokong pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Azizan berkata, Kedah juga sedang menunggu satu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh dan mengharapkan satu keputusan yang adil juga.

Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat kawasan DUN itu atau pilihan raya kecil diadakan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.

Hari yang gelap bagi demokrasi Malaysia

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai hari yang gelap dalam masa depan demokrasi Malaysia.

Katanya, rakyat sangat kecewa dengan keputusan itu tetapi bagi PAS, mereka tidak akan patah semangat dan berkempen supaya rakyat lebih memahami isu berkenaan.

“Keputusan ini sudah dijangkakan berdasarkan perjalanan sejarah. Kemelut di Perak tidak akan reda (ekoran keputusan ini), kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini. Tambahnya lagi, ia akan terus cetuskan semangat baru dan memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menolak BN.

Anwar: Umno takut berdepan rakyat

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah itu sudah dijangkakan. Menurutnya, keputusan itu menunjukkan Umno tidak berani untuk berdepan dengan rakyat bagi menghadapi pilihan raya.

“Kami secara konsisten menuntut pilihan raya baru dan bebas diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan (negeri) baru yang sah,” katanya.

Buat masa ini, Anwar meminta rakyat di Perak untuk mematuhi undang-undang dan memastikan semua pihak memahami isu berkenaan.

“Ini adalah isu demokrasi. Siapa yang disokong oleh rakyat? Kita tidak boleh berselindung di sebalik institusi atau sistem-sistem, kecuali kembali mendapat mandat daripada rakyat.

“Saya juga menggesa rakan-rakan di Perak supaya bersabar dan bekerjasama erat bagi memperkuatkan parti kerana media-media yang dimiliki Umno sedang menyerang kita dengan bertubi-tubi,” kata Anwar.

Mahfuz: Kes satu konspirasi

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata pihaknya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi persepsi rakyat dan masyarakat melihat bahawa kes tersebut bermula dengan konspirasi dan sudah tentu juga berakhir dengan konspirasi juga.

Rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak melihat hujah-hujah di mahkamah, tetapi mereka melihat keputusan itu mesti mengiyakan konspirasi tersebut.

“Keputusan itu membetuk persepsi bahawa mahkamah mahu mempertahankan maruah dan kedaulatan sultan berbanding dengan kedaulatan rakyat. Kalau mahkamah memutuskan kemenangan kepada Nizar, adakah bermakna tindakan sultan memilih Zambry tidak rasional?” soal Mahfuz.

Beliau berkata persepsi rakyat juga melihat bahawa mahkamah telah merampas hak rakyat dan sesuatu kerajaan itu mestilah berdiri di atas mahkamah rakyat.

Ahmad: Mengapa 5-0?

Bekas pesuruhjaya PAS Perak yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang pula mempersoalkan mengapa panel hakim hanya terdiri daripada lima panel penilai dan tidak tujuh.

“Kenapa tidak tujuh? Keputusan ini memang sudah dijangkakan, tetapi takkanlah sampai 5-0, sekurang-kuranganya 4-1.

“Bila sebula suara, kita lihat maca (hakim) pakat. Majoriti rakyat tidak dapat terima keputusan ini,” katanya.

Karpal: Biar rakyat tentukan

Bagi pengerusi DAP, Karpal Singh, keputusan mahkamah persekutuan itu masih boleh dirayu.

“Kita sepatutnya kembali kepada rakyat, rakyat yang seharusnya membuat keputusan, bukannya mahkamah. Biarkan rakyat yang menentukannya,” kata beliau.

Zambry bersyukur dengan keputusan mahkamah

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah, memberi kesedaran kepadanya untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat negeri itu.

Bersyukur dengan keputusan tersebut Zambry berharap semua rakyat akan kembali bersatu tanpa mengira fahaman politik.

"Ini masa untuk kita bersatu dan juga untuk bekerja. Inilah harapan dan doa saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan pelantikan beliau oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Ditanya mengenai amanat Perdana Menteri kepada beliau, Zambry berkata Najib mengingatkannya agar menjalankan tugas sebaik mungkin dan mahu semua agenda untuk rakyat di negeri itu dlaksanakan.

Beliau juga menegaskan tidak akan terbawa-bawa dengan permainan politik yang mungkin ditimbulkan pembangkang selepas ini.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa keputusan hari ini telah diduga dan dirancang, Zambry berkata bekas Menteri Besar Perak dari parti pembangkang itu bebas untuk mengeluarkan pandangannya.

"Biarlah dia nak cakap apapun. Sebenarnya rakyat lebih sedia maklum akan kenyataan beliau.

"Rakyat boleh mengadili kenyataan-kenyataan beliau sepanjang proses sebelum keputusan mahkamah ini. Bagi saya, yang lebih penting ialah saya menyeru kepada semua pihak termasuk beliau, kita kembali untuk bekerja," katanya.

Jika Berani Bubar Dun

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi. Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut. Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

Mesej ugutan bunuh

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung mesej ugutan bunuh terhadapnya di laman peminat facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Saiful membuat laporan polis itu di ibupejabat polis Sentul tengahari ini.

Menurut laporannya itu, Mohd Saiful berkata dia menerima satu emel yang tidak dikenali semalam, yang memaklumkan kepadanya mengenai mesej ancaman bunuh itu beserta salinan skrinnya.

Dia turut mengemukakan salinan skrin itu untuk rujukan polis. Mohd Saiful kemudiannya bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani oleh peguamnya selepas membuat laporan polis itu.

"Ini adalah satu ancaman bunuh ke atas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yg serius.

"Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga," katanya.

Rayuan Nizar ditolak

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.

"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.

Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".

Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.

Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.

Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.

Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.

Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.

Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Zambry diisytihar MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Kronologi krisis politik Perak

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.

Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.
Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.

Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

Sebentar tadi, kira-kira 20 anggota FRU mengarahkan semua penyokong dan media beredar dari tangga bangunan mahkamah.

Nizar masuk ke mahkamah bersama isteri, dan bersalaman dengan beberapa penyokong BN.
200 Penyokong Umno berhimpun depan tangga mahkamah manakala penyokong Pakatan sekitar 100 orang.

Penyokong BN membalas dengan laungan "Daulat Tuanku" dan "Penderhaka" Nizar tiba bersama isteri jam 9.05 pagi, disambut oleh 50 penyokong Pakatan yg melaungkan "Hidup Nizar", "Bubar DUN" dan "Hidup Rakyat".

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan sebentar lagi keputusannya mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah - Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan.

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

Sejarah Liwat SayFOOL

SAYA TAK KATA ANWAR TAK LIWAT, TETAPI BACALAH APA YANG SAYA TULIS INI/JANGAN TAK BACA DAN FIKIR SEMULA

SEJARAH PENDEK KES LIWAT SAIFUL

SAC Rodzan Mohd Yusuf (sekarang ketua Polis Melaka)lah merekacipta bukti meletakkan DNA ke tilam di usung ke Mahkamah biacara 1998 dan bukti itu tidak dapat dipakai hingga Hakim Augustine Paul membuang bukti.

Sebelum Saiful membuat laporan polis pada 28hb June, 2008 dihospital HKL, Saiful ada berjumpa Najib(sebelumnya Najib tidak mengaku) atas alasan Saiful mahu minta biasiswa. Lojikkah?

Dan sebelum itu juga Saiful ada berjumpa SAC Rodzan Mohd Yusuf di kamar 619, Hotel Concorede, Kuala Lumpur dan akibat pertemuan itu Saiful membuat laporan polis pada 28hb Jun, 2008. Apakah bukan rancangan komplot?

Fikirlah apa yang dibincangkan lewat pertemuan itu? Dan kenapa laporan di polis diadakan setelah itu? Bukankah bermakna ada konpirasi/tujuan jahat?

Saiful konon diliwat 26hb di Kondominium 1 kali, tetapi laporan di polis konon dia diserang 8-9 kali sepanjang dua bulan. Mana satu yang betul? Sekali atau 8 atau 9 kali?

Saiful pernah mengadu kepada Dr Osman di PUSRAWI konon sakit dalam lobang, Dr. Osman telah membuat pemeriksaan menggunakan Protoskop dan Dr. membuat kenyatan tidak ada tanda-tanda penembusan. Lalu bagaimana? Dr. Osman hilang entah ke mana.

Dan kemudian dia ke HKL diperiksa oleh 3 orang pakar/pun ketiga doktor telah menyatakan tidak ada rumusan hasil pemeriksaan Klinikal yang dengan pasti dapat mencadang penembusan ke dalam dubur dan itu menguatkan kenyataan Dr. osman tadi.

Ingat dulu SUKMA diseksa secara mental untuk mengaku diliwat oleh Anwar/pun ketika itu Dr, Zahari noor mengakui tidak ada penembusan lobang dubur Sukma dan laporan itu tidak dilapor disaat Sukma dipaksa mengaku bersalah diliwat.

Penangkapan Dr. Munawar juga sama diseksa buat pengakuan palsu dan kes itu diulang bicara dan jangan lupa Mat Zain(pegawai penyiasat melalui surat kepada SPRM bertarikh 15 April) pernah mendedahkan yang Gani Patail dan Musa Hassan yang mencipta bukti palsu kes mata lebam Anwar dan mereka juga yang merancang semua hal.

Gani petail juga terlibat mengancam Nallakarupan hukum bunuh untuk mendapatkan bukti palsu dalam akuan bersumpah/Manjeet Singh Dillon dan ketika itu penguambela Anwar/Zainur Zakaria dihukum 3 bulan penjara kerana dikata menghina mahkamah.

Adakah kamu melihat wajah Saiful seperti orang dirogol? Alias truma dan rasa malu? Tidak, tetapi dia kelihatannya gagah seperti seorang perdana Menteri sambil duduk di belakang kereta mewah kerana dia yakin ada kerajaan memuliakan dia kerana terlibat membantu kerajaan untuk memenjara seorang Anwar. Fikirlah!

RAMAI manusia bodoh tak membaca/menilai, tetapi mereka hanya baca tajuk dan intro atau hanya melihat TV dan surat akhbar. Inilah masalah orang taksub melulu tanpa berfikir dan guna otak yang baik.

~Ismaily Bungsu~

Siapa yang mengkianati orang Melayu

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.